GREEN TREE HOTEL PERMAS JAYA TELAH DIBUKA DENGAN RASMINYA

sitirohaida
0

 GREEN TREE HOTEL PERMAS JAYA TELAH DIBUKA DENGAN RASMINYA ] Hari tu kekda berkesempatan mengikuti pembukaan dan perasmian GREEN TREE Hotel yang terletak di Permas Jaya.Memang meriah dengan tarian singa dan juga bunyi mercun di setiap penjuru hotel ni.

GREEN TREE HOTEL PERMAS JAYA


Secara rasminya pada 23 Oktober telah dibuka untuk awam.Lepas ni kalau korang yang mencari hotel sekitar Johor Bahru, Hotel ni wajib ada dalam list korang.

GREEN TREE hotel adalah antara 10 Top Hotel di ranking dunia tau.Di perasmian itu antara yang terlibat ialah Mr Alex Xu iaitu Chairman of Green Tree Hospitality Group, bersama dengan Tan Sri Daing Malik Daing Rahaman, chairman of Malpakat Group, Mr Char Hon Long, group managing Director of Malpakat group, dan Tan Sri Dato' Azman Shah Haron, iaitu Chairman of Holiday Villa Hotels & Resorts.

Hotel ini dimiliki dan dibangunkan oleh Malpakat Group serta beroperasi di bawah jenama GreenTree melalui perjanjian pelesenan dengan Holiday Villa Hotels & Resorts, sebuah kumpulan hospitaliti antarabangsa dari Malaysia, dan GreenTree Hospitality Group sebagai pemegang lesen yang dilantik di Malaysia.

Secara keseluruhannya, GreenTree dan Holiday Villa menyediakan piawaian jenama, teknologi, rangkaian tempahan yang luas, standard kualiti perkhidmatan dan program kesetiaan pelanggan berdasarkan kepakaran masing-masing. Ini termasuk operasi GreenTree serta infrastruktur sokongan di China dan Amerika Syarikat.

GREEN TREE HOTEL PERMAS JAYA 

Terletak di Bandar Baru Permas Jaya, di bahagian timur Johor Bahru, hotel ini menawarkan 205 bilik dan suite, sebuah dewan besar yang boleh memuatkan 600 meja, lima bilik mesyuarat, kolam renang infiniti dengan bar kolam, gimnasium, ruang istirahat perniagaan dan The Bough Café yang terletak di Aras 7.

Hotel ini mempunyai akses terus ke Lebuhraya Eastern Dispersal Link (EDL), sekali gus menempatkan hotel ini di pusat bandar Johor Bahru. Hotel ini juga terletak berhampiran Tambak Johor–Singapura serta kawasan komersial dan pusat membeli-belah utama di bandar tersebut, yang boleh dikunjungi dalam masa beberapa minit.

Pembangunan Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ) dan Laluan Sistem Transit Rapid Johor Bahru–Singapura (RTS Link) yang bakal beroperasi dijangka akan terus meningkatkan permintaan di koridor ini.

205 PILIHAN BILIK DAN SUITES

Pertama kali masuk masa tour bilik hotel ni pun kekda rasa teruja sebab kebanyakkan bilik dia luas ye dan semuanya ada karpet.Kekda kalau nak tengok hotel kan, memang jenis akan tengok keadaan bilik sebab bila kita bawa keluarga ni kadang-kadang anak-anak atau suami tak suka tidur berhempet-hempet jadi mereka lebih suka tidur kat bawah.Kadang-kadang kekda kalau anak dah buas sangat tidur kat atas katil pun, tarik selimut tidur bawah korang.

Terdapat beberapa jenis bilik yang korang boleh pilih mengikut citarasa dan penggunaan korang antaranya :-

  • Corparate room - 167 bilik
  • Business Premier Suites - 10 suites
  • Business Suite - 25 Suites
  • Accessible Suite (OKU) -1 suite
  • Junior Club suites - 2 suites

GREEN TREE HOTEL PERMAS JAYA

GREEN TREE HOTEL PERMAS JAYA













Kemudahan yang Ditawarkan 

  • The Atrium Lounge
  • Pool & Bar
  • Gymnasium dan Surau
  • Security Parking



Meeting dan Events

  • Canopy Grand Ballroom
  • Arius i-iii
  • Grove halls 1-11

7 Tempat Menarik Berhampiran GreenTree Hotel Permas Jaya

  1. SBS  Resort Permas
  2. Aeon Mall Permas Jaya
  3. Senibong Corve
  4. DMC Karting
  5. Permas City Walk
  6. Sugar Lips Permas Jaya
  7. Restoran Bakar Ikan Bara

Kalau korang nak Ke Bandar JB pun dekat je tau dari situ.Dan untuk ke beberapa shopping mall pun masih lagi tidak mengambil masa 2 jam.


Untuk korang yang nak mengetahui lebih lanjut tentang harga dan sebagainya korang boleh contact mereka di bawah ni

Tel : +60 279 3388
Email " info@greentreejb.com.my


Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !