MASUK HOSPITAL DISEBABKAN DARAH RENDAH

sitirohaida
0

 MASUK HOSPITAL DISEBABKAN DARAH RENDAH | Nak dijadikan cerita masa 13  Oktober hari tu kekda memang ada appointment dengan Pakar sakit puan di HSI, tapi entah macam mana kena warded terus.Macam biasa bila masuk bilik doktor, doktor akan tanye macam mana keadaan kita sekarang.So, kekda pun bagitahulah tahap kesihatan kita masa tu.



Sebelum beberapa hari ke hospital tu pun kekda macam dah rasa rasa nak pitam, bila bangun rasa gelap mata je, dan craving ais.Itu antara salah satu punca kekda mempunyai darah rendah.

Bagi orang, craving air batu tu biasa kan, tapi sebenarnya  ia bukan satu habit tau, ia satu penyakit jugak.Sebab tu kalau boleh jangan terlalu suka kunyah air batu.Nanti kat lain entry kekda akan cerita berkaitan dengan ais ni.

Lepas dah bagitau doktor, doktor minta kekda untuk ambil darah dan tengok samada tahap HB kekda tu berapa.Sekali tunggu keputusan tu, risau jugak, tapi dalam hati ni memang rasa tak sedap hati je.Pulak tu hari tu memang kekda suruh husband yang hantar.Memandangkan dia pun tengah WFH, jadi takde masalah la dia nak hantar kekda.Selalnya kekda memang suka pergi sendiri, taknak susahkan sesiapa.Kalau ikutkan nak ke HSI tu, kalau takde partner nak parking memang payah.Tapi disebabkan kat lotus tu dah boleh parking dan ada bas percuma, ia sangat memudahkan kekda.

Lepas dah tau keputusan darah, doktor memang tak kasi kekda berjalan terus ye.Dia suruh kekda duduk sampailah anak kekda ambilkan wheel chair.Nasib baik masa tu anak kekda dua orang tu ikut.Si kakak teman umi dan si adik teman babah.


Muka puas hati sebab dapat tolak umi dari wheelchair.Dan satu lagi dia dah dapat ic kan, so senanglah nak naik ke ward.Tu yang dia cakap kat umi dia nak jaga umi dia kat hospital.Tapi tulah, umi dia ni masih boleh bergerak lagi.Tak mungkin doktor akan benarkan dia untuk teman umi kat ward.

Sepatutnya kekda nak bawa dia ke klinik gigi sebab beberapa hari sebelum ni dia kata gigi besi dia dah mula goyang.Jadi kena bawa gi klinik untuk pemantauan.Kesah kakak gigi besi ni dulu kekda ada  cerita kat blog lama.Nanti kekda cari semula entry pasal gigi besi kakak tu ye.

Dah masuk ward, malam tu jugak satu beg darah selamat masuk kat dalam badan.


Sebelum masuk darah ni, dah lima tempat doktor cucuk nak masukkan jarum.Tak fahamlah betul si urat ni, nampak macam urat tu timbul tapi sebenarnya tidak.Aishhh..nak marahkan doktor memang tak patut pulak sebab bukan salah dia.Jadi nak taknak kena pasrah jelah.Beberapa kali juga perkataan minta maaf tu keluar dari mulut doktor. Takpe kekda akan maafkan doktor sebab urat kekda tu halus sangat gaknya.Tu yang tak nampak.

Petang sebelum masuk darah tu, sempatlah sorang kawan tadabbur kekda datang melawat.Alhamdulillah, terima kasih Zakiah sebab sudi melawat.
Aish masa ni lah nampak bibir pucat.
Sebab tu kekda kalau kemana-mana mesti bawak lipstik, bukan apa risau orang tegur bibir nampak pucat.Bukan sebab suka melawoo..hahha

Terima kasih juga dengan geng Tadabbur Sister yang sudi mendoakan kekda masa dalam wad tu.Tak dapat datang pun takpe, kekda faham.Nak ke hospital tu pun nak parking ambil masa, masing-masing pulak ada tanggungjawab yang lain.Doa dari jauh pun kekda dah bersyukur tau.

Esok paginya bila doktor pakar datang melawat, dia gula-gulakan kita boleh balik, rupanya datang satu doktor yang lain dengan slumber dia kata saya tak benarkan awak balik selagi tak masuk iron.hahahah..Haduiii sedih weh.Dah la duduk kat wad yang pintu tu,dalam tu ada 4 orang je.Nasib baik sebelah katil kekda tu dia baru masuk.Adalah teman untuk dia tu.Mungkin Allah dah aturkan semua kan.

Esoknya kekda di beri satu botol iron.Kekda tak taulah fungsinya untuk apa.Nanti kekda research dulu ye.Sekarang ni kalau sakitkan, rajin betul buat research kat google.hahahha
Inilah dia bentuk iron tu.Dia warna coklat cair macam ni korang .Nanti ea kekda baca dulu apa keperluan iron ni untuk badan.

Keesokkan harinya barulah kekda boleh balik.Doakan kekda korang, Allah sedang menguji dan kekda terima.Ni pun lepas keluar darah hari tu, dah non stop pulak keluar.Nak ke hospital semula kita tunggulah bebudak ni habis exam dulu.Jadi kalau warded pun mak takdelah risau kan.

Sekarang ni doktor hanya bagi dua ubat iaitu ubat hormon dan juga ubat berhentikan darah.Tunggu appointment kekda pulak awal bulan tahun baru nanti..

Thanks korang yang membaca
xoxo 








Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !